Powered by Blogger.
RSS

Simptom, Rawatan dan Pencegahan Penyakit Selsema Kucing

Apa itu Selsema Kucing?

Selsema kucing adalah nama am yang diberikan kepada jangkitan virus di salur pernafasan kucing. Selsema kucing adalah penyakit biasa dan selalunya tidak membawa kesan kepada kucing kecuali jika sistem imum kucing rendah. Perkara ini kerap berlaku kepada anak kucing di bawah 6 minggu dan boleh membawa kepada kematian.

Virus yang menyebabkan selsema ini ialah Herpes Feline -1 (FHV -1) atau Feline Calicivirus (FVC).



Virus Herpes Feline adalah lebih berbahaya yang boleh menyerang mata, sinus dan tekak kucing. Secara umumnya, selsema kucing adalah penyakit yang mudah merebak dan berjangkit kepada kucing yang lain.

Gejala serangan Virus Herpes Feline

Mata:
Virus ini akan menyerang membran mata yang menyebabkan mata kucing anda bengkak dan merah. Pada tahap yang lebih kritikal, mata kucing anda akan bernanah. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan ulser kornea.

Hidung:
Bersin adalah salah satu gejala yang biasa. Apabila lapisan hidung kucing mula mengeluarkan cecair yang berwarna hijau, ia menandakan bahawa kucing anda telah dijangkiti penyakit rhinititis yang boleh menyebabkan kehilangan deria bau.

Demam, Kemurungan & Kehilangan Selera :
Satu lagi tanda bahawa kucing anda dijangkiti virus ini ialah mereka akan kehilangan selera makan dan kurang minum. Walaupun kucing anda mengalami dehidrasi, mereka akan tetap menolak untuk minum.

Kehamilan:
Kehamilan bukan satu tanda bahawa kucing anda diserang penyakit ini tetapi kucing kebiasaannya akan mengugurkan kandungan atau membunuh / mengigit anaknya sebaik sahaja ianya dilahirkan. Ini kerana hampir 100% anak mereka akan dijangkitan penyakit ini juga.

Rawatan Selsema Kucing.

Selsema kucing jarang membawa maut namun kucing anda masih memerlukan rawatan intensif dan sokongan. Anak kucing juga lebih berisiko daripada kucing dewasa.

Jika kucing anda diserang Virus Herpes Feline, tiada ubat yang boleh merawatnya kecuali sistem imun badannya sendiri. Namun begitu, doktor haiwan masih boleh merawat gejala penyakit yang terjadi seperti ubat titis mata atau salap untuk gejala konjunktivitis.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan untuk memandikan kucing anda dengan air masin dan suam.

Jika berlaku masalah ulser mulut, kucing akan berhenti untuk makan. Anda dinasihati untuk membawa kucing anda ke doktor haiwan dengan segera dan kucing anda perlu dipaksa untuk makan.

Jika kucing anda kehilangan deria bau, ia akan menyebabkan ia kehilangan miunat terhadap makanan. Makanan lain yang boleh diberi ialah sardin kerana sardin mempunyai bau yang kuat.

Bagaimana untuk menghalang selsema kucing merebak?

Virus Virus Feline Herpes dan Feline Calicivirus merebak melalui udara dan bekas makanan atau sangkar kucing itu sendiri. Anda juga boleh menjadi agen penyebar apabila menyentuh kucing yang menghidapi virus dan kucing yang lain..

Virus Feline Herpes boleh hidup di luar badan kucing sehingga 24 jam tetapi Virus Feline Calicivirus boleh hidup selama 7 - 10 hari di luar badan kucing. 

** Buat makluman anda, virus ini tidak boleh dijangkiti manusia.

Adakah kucing anda boleh menjadi pembawa virus?

Walaupun kucing anda telah sembuh dari selsema kucing, mereka sebenarnya telah menjadi pembawa virus. Virus Feline Herpes boleh dihidup selama jangka hayat kucing. 

Bagi Virus Feline Calicivirus pula, kucing anda akan menjadi agen pembawa selama sekurang-kurangnya 1 bulan selepas jangkitan. Jangkamasa selamat untuk menghapuskan virus tersebut sebagai pembawa agen ialah selama 18 bulan.

Bolehkan penyakit selsema kucing ini dicegah?

Walaupun masih belum wujud ubat untuk menyembuhkan penyakit ini, namun ianya boleh dicegah. Anda boleh merujuk kepada doktor haiwan anda untuk vaksin Virus Feline Herper dan Virus Feline Calicivirus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kucing dan Proses Kelahirannya

Apa yang boleh anda jangkakan apabila kucing anda ingin melahirkan anak.

Kucing adalah haiwan yang sangat mahir dalam soal kehidupannya dan jarang memerlukan bantuan semasa proses kelahiran tetapi sebaiknya anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan jika kucing anda memerlukan bantuan.

Yang paling penting ialah pemerhatian yang senyap dan tenang ketika kucing anda melahirkan.

Apakah tanda-tanda bahawa kucing akan melahirkan?

Kira-kira 2 hari sebelum melahirkan anak, kelenjar susu kucing akan menonjol dan mula mengeluarkan susu.

Peringkat 1. 12 jam sebelum melahirkan anak, suhu kucing akan meningkat kepada 99 F dan ia akan kurang makan. Ia akan menjadi resah dan mencari tempat melahirkan anak yang baik. Kucing anda juga akan menjadi sangat manja dan mengikuti anda dari bilik

Peringkat 2. Tanda-tanda yang dapat dilihat bahawa kucing akan melahirkan anak ialah apabila ia memasuki sarang/ tempat melahirkan anak yang telah dipilihnya dan tidak mahu untuk keluar dari kawasan tersebut. Mungkin anda tidak sedar bahawa kucing anda telah mengatur tempat tersebut selama beberapa hari. Ia mungkin satu tempat yang berlainan dengan sangkar yang telah anda sediakan kerana kucing selalunya memilih kawasan yang sunyi dan jauh dari haiwan dan kucing lain untuk melahirkan anak. 

Proses Kelahiran

Tidak seperti manusia, kucing mampu untuk menahan/ menangguhkan kelahiran anaknya apabila ia fikirkan perlu. Perkara ini terjadi apabila ia memikirkan bahawa ia dalam keadaan terancam atau tidak sesuai melahirkan anak. 

Apabila melahirkan, kucing akan mengeluarkan gelebung cecair amnion yang mendahului anak kucing. Ini menunjukkan anak kucing telah bersedia untuk dilahirkan dan berada di salur kelahiran. 




Apabila pengecutan berlaku, ia akan kelihatan mengah dan bergerak untuk mendapatkan keselesaan yang maksimum dan menggunakan kaki belakang untuk menolak anak pertamanya keluar. 

Berapa lamakah tempoh masa kelahiran?

Masa kontraksi (pengecutan) berlangsung selama 2 - 3 minit. Kemudian, masa menunggu pengecutan kedua (kelahiran anak kedua), ia memakan masa selama 10 minit sehingga 1 jam. 

Kelahiran Anak Kucing

Apabila dilahirkan, ia akan di dalam melekat pada plasenta dan berada di dalam kantung membran amnion. Ibu kucing akan memecahkan kantung membran amnion ini dengan menjilat bagi membolehkan anaknya bernafas. Jika ibu kucing melengah-lengahkan perkara ini, anda perlu membantunya untuk memecahkan membran amnion ini di bahagian hidung atau anak kucing akan mati kelemasan. 

Kebiasaanya, ibu kucing akan memakan plasenta dan membran amnion ini. Plasenta dan membran amnion ini amat berkhasiat padanya namun terdapat juga kejadian yang mana ibu kucing memakan membran amnion ini bersama anaknya / atau mungkin mengigit anaknya. Kebiasaanya, perkara ini berlaku kepada ibu muda. 

Ibu kucing juga akan membersihkan anak kucingnya pada setiap kelahiran dan cuba menyusukan anaknya. 

Bergantung setakat mana keakraban anda dan kucing anda, ibu kucing akan membenarkan anda untuk menyentuh dan membersihkan kawasan kelahirannya yang basah. 

Bantuan Kelahiran

Jika anda ingin membantu kelahiran si kecil, keperluan minimum adalah seperti berikut:

  • Jam - untuk melihat selang masa setiap kelahiran
  • Kain atau tuala yang disteril - untuk memecahkan kantung amnion
  • Sarung tangan - untuk mengurangkan bau kucing dan juga membantu memindahkan anak-anaknya itu. 
  • Gunting - memotong plasenta sekiranya ibunya tidak memotong tali plasenta itu.


Masalah Yang Mungkin Berlaku Semasa Kelahiran

Secara umumnya, kucing adalah haiwan berdikari dan mampu untuk melahirkan anak tanpa bantuan. Namun begitu, perkara-perkara yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

  • Salur kelahiran yang terlalu sempit
  • Rahim muda (ibu kucing muda) dan tidak bersedia untuk melahirkan. 
  • Anak kucing yang terlalu besar (kebiasaanya berlaku apabila perkahwinan baka kucing yang berlainan yang mana ibu berbaka kecil dan bapa berbaka besar). Anak kucing mungkin melalui salur kelahiran yang terlalu lama dan lemas di dalam salur tersebut. 
  • Keletihan kerana kontraksi (kelahiran ramai anak menyebabkan ibu kucing keletihan)


Apa yang perlu dilakukan selepas kelahiran

Anda perlu yakin bahawa ibu kucing mempunyai semua pengalaman dan kemahiran sebagai ibu walaupun baru pertama kali melahirkan. Penumpuan anda hendaklah kepada ibu kucing dan bukan anak kucing kerana anak kucing akan dibelai oleh ibunya dengan sebaiknya. 

Makanan yang sesuai untuk ibu kucing ialah makanan mentah dan kuning telur untuk menambah protein. Selain itu, anda mungkin perlu membersihkan kawasan kelahiran ibu kucing yang basah itu. Namun, JANGAN MENGUBAH TEMPAT KELAHIRAN kerana itu adalah tempat yang paling sesuai kepadanya. Walaupun anda berpendapat anda mempunyai tempat yang lebih baik untuk ibu kucing bersama anaknya, namun ibu kucing pasti akan membawa anaknya ke tempat yang lain.

Biarkan ibu kucing dan anaknya di dalam kawasan yang tenang dan aman. Ibu kucing mungkin akan mengubah tempat dari masa kesemasa apabila ia merasa tidak selesa atau terancam.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penyakit Gigi/ Gusi Dan Nafas Berbau Pada Kucing

Nafas berbau pada kucing menandakan bahawa kucing anda mengalami penyakit

Sebab berlakunya nafas berbau pada kucing


  • Gigi reput atau gigi patah
  • Radang gusi
  • penyakit periodontal
  • penyakit gigi
  • tulang atau makanan yang terperangkap di gigi
  • Penyakit buah pinggang
  • leukimia
  • tumor mulut

Pertama sekali, anda perlu melihat sebarang tanda-tanda lain yang berkaitan dengan nafas kucing yang berbau.

Adakah kucing anda kelihatan sukar untuk makan?

Adakah kucing anda enggan atau kurang makan?

Adakah makanan yang dikunyah terjatuh dari mulutnya?

Adakah kucing anda melelehkan air liur?

Adakah kucing anda hilang berat badan?

Kesemua isu di atas menandakan bahawa kucing anda mengalami penyakit gigi atau gusi. Langkah pertama adalah untuk memeriksa bahawa penyakit gusi tersebut disebabkan makanan atau tulang yang terletak pada kucing anda. Semak samaada gusi kucing anda tiada tanda-tanda pecah/ luka atau bengkak. 



Gambar di atas menunjukkan contoh masalah gusi yang berlaku pada kucing anda.

Penyakit gigi merupakan salah satu penyakit yang biasa bagi kucing. Perkara ini boleh dielakkan dengan membawa kucing anda berjumpa doktor haiwan setahun sekali. Terdapat juga ubat dan berus gigi yang direka khas untuk kucing dan anjing. 

Anda sama sekali tidak digalakkan untuk menggunakan berus gigi manusia atau ubat gigi manusia kerana ia boleh mencederakan gusi kucing anda. 

Penyakit Resorptive

Luka pada gigi atau resorptive adalah satu lagi penyebab nafas kucing anda berbau. Resorptive merupakan luka yang merujuk kepada luka pada gusi tetapi menyebabkan kesan kepada akar gigi. Ia merupakan luka yang amat menyakitkan. Kebiasaannya kucing yang mengalami penyakit ini tidak akan makan sama sekali atau makan dalam kuantiti yang minimum.

Kucing dan Gingivitis

Penyakit gingivitis masih boleh dirawat pada peringkat awal . Tanda-tanda yang boleh dilihat ialah gusi merah, bengkak dan mudah berdarah. Jika tidak dirawat, gingivitis boleh membawa kepada penyakit periodontis yang mana akhirnya boleh membawa kepada kehilangan tulang (rahang).



Stomatitis

Stomatitis juga dikenali sebagai sindrom plasmacytic lymphocytic (LPGS) yang merupakan keradangan seluruh mulut. Gejala boleh termasuk nafas berbau , berat badan , tidak boleh makan dan air liur kucing yang sentiasa meleleh.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adakah Anda Mengalami Alahan Terhadap Kucing?


Secara umumnya, ramai orang menganggap bahawa alahan berlaku kepada mereka disebabkan bulu kucing. Namun begitu sebenarnya perkara ini adalah tidak benar. Kita sebaliknya hanya mengalami alahan kepada sejenis sejenis protein yang dinamakan umno D-1 yang terdapat pada bulu kucing. Protein ini yang merupakan alergen dan biasanya kekal di udara dalam masa yang lama. 

Apakah yang dimaksudkan dengan alahan?

Alahan adalah disebabkan bahan asing seperti bulu kucing, debunga kecil, habuk dan enzim dari najis hama. Reaksi alergi seseorang itu bergantung kepada jumlah alergen di persekitaran dan sensitiviti seseorang itu. 

Apakah bulu kucing?

Bulu kucing adalah kepingan atau cebisan dari kulit kucing yang membantu menjaga dan melindungi kulit kucing. Zarah-zarah sel pada bulu kucing boleh merebak ke semua tempat termasuk permaidani, langsir dan perabot. Ia juga boleh merebak ke pakaian dan kawasan yang tidak mempunyai kucing. 



Apakah gejala yang mungkin berlaku akibat daripada alahan terhadap kucing?


  • Asma
  • Demam dan disertai dengan hidung berair dan tersumbat.
  • Gatal-gatal pada mata, hidung atau tekak
  • Kegatalan pada kulit
  • Konjunktivitis

Adakah semua jenis kucing menyebabkan alahan kepada manusia?

Tidak.. Sesetengah kucing kurang menyebarkan alergen terutamanya kucing yang mempunyai bulu yang pendek. Sebagai contoh, baka Rex mempunyai bulu yang pendek manakala baka Sphinx lansung tidak mempunyai bulu.

Adakah saya mempunyai alahan terhadap kucing?

Alahan adalah perkara yang subjektif. Ia mungkin berubah mengikut umur anda atau persekitaran anda. Sebagai contoh, anda mungkin seorang yang sihat walafiat pada umur 20-an tetapi mula mengalami alahan pada umur 30-an. Atau anda mungkin seorang yang mempunyai alahan pada umur 30-an tetapi hilang alahan tersebut pada umur 40-an. 


Bagaimana saya boleh mengurangkan alahan pada kucing?

Menariknya, kucing yang dikasikan menghasilkan kurang alergen. Kucing jantan menghasilkan lebih banyak alergen daripada kucing betina. Beberapa perkara berikut juga boleh dilakukan untuk mengurangkan alahan terhadap kucing.

  • Mandikan kucing anda dengan kerap.
  • Menggunakan syampo kucing yang membantu mengurangkan alergen.
  • Memastikan kucing anda tidak mempunyai kutu kerana ini juga menyebabkan kucing anda menggaru dan membuang bulu ke udara. 
  • Menggunakan sistem penapis udara di rumah
  • Menggunakan pembersih vakum HEPA yang mengurangkan alergen pada permaidani anda. Bulu kucing yang mendap ke permaidani dan hiasan lembut bertindak sebagai tempat takungan alergen. 







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penyakit Cirit Birit Pada Kucing

Cirit birit pada kucing bukanlah satu penyakit tetapi merupakan satu petanda bahawa kucing anda mungkin dalam keadaan tidak sihat. 

Seperti manusia, kucing akan mengalami 'akut' cirit birit. 'Akut' di sini bermaksud bahawa ia datang secara tiba-tiba tetapi bukan dalam jangka masa yang lama. Cirit birit selalunya berlansung selama 2, 3 hari atau lebih. 

Perubahan dalam diet

Jika kucing anda kelihatan dalam keadaan yang baik, bermain seperti biasa dan tiada tanda-tanda kesukaran dalam pegerakannya, cirit birit mungkin berlaku kerana perubahan dalam diet hariannya. Ia mungkin berlaku kerana anda sebelum ini anda memberinya makan makanan jenis 'Royal Canin' dan menukarnya kepada manakan jenis 'Orijen'. Atau mungkin juga anda memberinya makanan basah 'wet food' sebelum ini dan menukar kepada makanan jenis kibbles. 

Penyakit

Jika ia mengalami masalah cirit birit dengan kronik dan berpanjangan (seminggu atau lebih), ini bermakna kucing anda mungkin mengalami masalah serangan parasit atau jangkitan virus. 

Jika kucing anda mengalami masalah berikut dan cirit birit, maka sebaiknya anda membawanya terus berjumpa dengan doktor haiwan.

  • Demam
  • Muntah
  • Darah dalam cirit-birit
  • Kelesuan atau kemurungan
  • Hilang berat Badan
  • Dehidrasi (kekurangan air)
  • Hilang selera makan
  • Cirit-birit berbau busuk
  • Meneran semasa membuat pergerakan usus

Diet

Kucing tidak seperti manusia yang boleh menukar diet secara tiba-tiba. Makanan kucing memberi kesan terhadap keadaan tahi dan baunya. Kebanyakkan pengusaha jenama makanan kucing yang terdapat di pasaran adalah lebih kepada sayur-sayuran dan tepung bagi mengaut keuntungan yang lebih. Ia juga mempunyai lebihan garam kepada kucing yang memberi masalah batu karang kepada kucing dalam jangka masa panjang. Peraturan asas mengenai makanan kucing ialah, 'jika anda memberi sampah kepada makanannya, maka sampahlah yang akan keluar. Maka, amat penting untuk anda memberi makanan terbaik kepada kucing anda mengikut kemampuan. 

Jesteru, perlu diingat bahawa kucing adalah haiwan karnivor dan kandungan protein dalam makanan sangat penting kepada haiwan ini. 

Apa yang boleh saya lakukan sebelum menghantar kucing saya ke klinik haiwan?

Menghentikan makanan kepada kucing selama 24 jam (12 jam bagi anak kucing) untuk memberi sistem penghadaman kucing berehat (hanya makanan tetapi tidak air). Kemudian, beri diet yang mengandung 50% karbohidrat dan 50% protein. Jangan beri kucing anda apa-apa produk tenusu. Jika cirit birit masih berlanjutan, bawa berjumpa doktor haiwan dengan segera. 

Berhati-hati dengan dehidrasi

Semasa cirit birit, kucing anda mengalami kehilangan air yang banyak. Ia mampu membawa kematian jika kucing anda mengalami dehidrasi yang teruk. Tanda-tanda ia mengalami dehidrasi ialah gusi yang kering. Anda juga boleh mencubit kulit kucing anda dan lihat samaada ia kembali ke kedudukan seperti biasa atau tidak. Jika kulit kucing kembali kepada asal dalam keadaan perlahan-lahan, ini bermaksa kucing anda mengalami dehidrasi. 


Galakkan kucing anda untuk minum dengan banyak. Anda juga boleh memberi Lectade kepada kucing untuk membalikkan kesan dehidrasi dan mengantikan kehilangan elektrolik kerana cirit birit. 

Jangkitan bakteria yang menyebabkan cirit-birit pada kucing dan anak kucing

Jangkitan bakteria seperti Salmonella , E. coli, Campylobacter Clostridia dan sering berlaku kepada kucing muda atau kucing yang mempunyai imunisasi yang rendah. Gejala ini juga disertai dengan gejala seperti cirit birit, hilang selera makan, kemurungan, demam dan muntah-muntah. 

Antoibiotik yang diberikan oleh doktor haiwan mungkin dapat mengurangkan gejala ini yang memerlukan cecair intravena dan penjagaan sokongan kepada kucing anda. 

Selain itu, penyakit-penyakit laib yang boleh menyebabkan cirit birit adalah seperti berikut:

  • Panleukopenia
  • Virus leukemia kucing 
  • Virus kucing immuno - kekurangan 
  • Virus korona kucing 
  • Kucing berjangkit peritonitis

Cacing yang menyebabkan cirit birit

- RoundWorm
Gejala yang mungkin berlaku ialah cirit birit, hilang berat badan dan pertumbuhan yang terbantut.

- HookWorm
Gejala ialah cirit birit, muntah-muntah, badan lemah, kekurangan air, gusi pucat, bengkak pada abdomen, najis kelihatan hitam dan muntah.

Parasit yang menyebabkan cirit-birit pada kucing dan anak kucing

Coccidiosis

Coccidiosis boleh dikenali apabila kucing anda mengalami cirit birit bersama darah.

Parasit ini biasanya terdapat pada usus anak kucing kecil yang mana ia tidak mempunyai imun yang kuat. Tekanan (stress) juga boleh menyebabkan anak kucing mengalami masalah ini. Kucing anda mudah mengalami tekanan apabila berpindah ke rumah yang baru.



Apabila perkara ini berlaku, sebaiknya anda memberi anak kucing anda antibiotik sulfa. Antibiotik sulfa tidak membunuh parasit coccidiosis ini sebaliknya meningkatkan sistem imun anak kucing dan seterusnya mengurangkan cirit birit. 

Giardia

Apabila kucing anda diserang penyakit ini, tahi kucing anda kelihatan berwarna kehijauan atau kekuningan. Anda juga mungkin akan mendapati cirit birit kucing anda bersama darah. Biasanya tahinya akan berbau sangat busuk. Lain-lain gejala ialah penurunan berat badan dan muntah. 

Cryptosporidia

Cryptosporidia adalah parasit sel tunggal . Ia boleh menyebabkan cirit-birit pada kucing muda dan kucing yang mempunyai imunisasi yang lemah. 

Tritrichomonas

Tritrichomonas juga lebih dikenali sebagai radang dubur. Doktor haiwan anda boleh mengelakkan penyakit ini dengan memberi Ronidazole. 

Lain-lain penyakit yang boleh menyebabkan cirit birit 

  • Usus tersumbat seperti hairball atau objek asing
  • Intolerans makanan atau sensitiviti
  • Toksin
  • Kanser
  • Kekurangan pankreas eksokrin
  • Sindrom usus
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati
  • Kencing manis
  • Hipertiroidisme
  • Pankreatitis
  • Pangkitan kulat
  • Penyakit usus

Kesimpulannya, sekiranya kucing anda mengalami cirit birit yang lebih dari seminggu, anda perlu membawa berjumpa doktor haiwan.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana Mengelakkan Sifat Anak Kucing Yang Nakal

Mengapa anak kucing agresif?

Anak kucing adalah secara semulajadinya haiwan yang agresif. Kebanyakkan daripada kita membuat tanggapan bahawa anak kucing adalah haiwan yang comel namun kita terlupa bahawa mereka juga mempunyai taring dan kuku! Anak kucing juga mempunyai naluri untuk bertindak secara kasar yang mana itu adalah salah satu kepada perkembangan mereka untuk mempelajari hidup sebagai haiwan pemangsa. 

Kebiasaannya, peringkat hidup seekor kucing bermula dari seekor anak kucing yang agresif kepada kucing dewasa yang lebih pendiam, comel dan manja. 

Sebaiknya, jika anda seorang yang mementingkan kekemasan atau mempunyai perabot yang mahal di rumah, mungkin anda perlu memilih baka kucing yang kurang agresif menjadi teman anda. Anda mungkin mahu mengelakkan memilih kucing jenis Persian, Birman atau Rogdoll dan memilih baka kucing Persian atau Burma. 

Apakah permainan yang agak agresif bagi anak kucing?

Seekor anak kucing memulakan tingkah laku untuk bermain pada usia yang awal. Mereka bermain secara kasar samaada di kalangan anak kucing yang lain dan juga ibu mereka. Anak-anak kucing akan melakukan tindakan menyambar, mengejar, mencakar dan juga mengigit. 

Secara umumnya, perkara ini dianggap sebagai permainan dan anak kucing anda lansung tidak berniat untuk mencederakan. 



Bagaimana untuk menghentikan anak kucing dari mengigit dan mencakar saya?

Kecederaan yang terjadi kepada anda samaada digigit atau dicakar selalunya berpunca daripada anda sendiri. Anak kucing selalunya akan mencederakan anda hanya apabila ia dalam keadaan ketakutan atau terkejut. Kecederaan pada pemilik kucing juga sering berlaku apabila mereka bermain dengan anak kucing yang mana mereka terlupa bahawa anak kucing ini bertambah besar, gigitan dan cakaran mereka bertambah kuat. 

Sebagai pemilik, anda tidak akan lari dari menjadi teman sepermainan anak kucing yang nakal. Jika anak kucing terlalu kerap menganggu anda,anda boleh menggalakkan ia bermain dengan permainan yang bergerak atau menarik perhatiannya. 

Namun jika ia masih bermain dengan cara yang kasar dengan anda, katakan kepada anak kucing anda (dengan nada sedikit keras), 'JANGAN' dan tepukkan tangan anda sebagai simbolik untuk menghentikan permainan. Kemudian, abaikan anak kucing anda sama sekali dan tidak menghiraukannya lagi. 

Tingkahlaku seperti ini mengajar anak kucing anda bahawa anda tidak sukakan tindakan kasarnya itu. Namun, perkara ini perlulah secara konsisten dan janganlah memberi mesej yang mengelirukan kepada anak kucing anda. Sebagai contoh, pada hari ini anda turut sama untuk bermain secara kasar dengan anak kucing anda dan pada masa yang lainnya pula, anda memarahinya. 

Langkah yang lain untuk memberi mesej kepada anak kucing anda bahawa anda tidak sukakan tingkah lakunya yang kasar ialah dengan menyembur spray air kepada anak kucing anda. Selain itu, bertepuk tangan kepada anak kucing anda menandakan anda tidak sukakan tindakkannya itu. 

Membeli permainan yang menarik perhatiannya.

Permainan yang menarik membantu agar anak kucing memahami bahawa mereka perlu bermain dengan permainan itu dan bukaknya mengigit/ mencakar anda. 

Bersabar

Bersabar adalah penyelesaian terakhir dan juga merupakan tindakan terbaik. Perlu diingat, sifat agresif seekor kucing akan berlalu selari dengan peningkatan usianya. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS