Mengapa anak kucing agresif?
Anak kucing adalah secara semulajadinya haiwan yang agresif. Kebanyakkan daripada kita membuat tanggapan bahawa anak kucing adalah haiwan yang comel namun kita terlupa bahawa mereka juga mempunyai taring dan kuku! Anak kucing juga mempunyai naluri untuk bertindak secara kasar yang mana itu adalah salah satu kepada perkembangan mereka untuk mempelajari hidup sebagai haiwan pemangsa.
Kebiasaannya, peringkat hidup seekor kucing bermula dari seekor anak kucing yang agresif kepada kucing dewasa yang lebih pendiam, comel dan manja.
Sebaiknya, jika anda seorang yang mementingkan kekemasan atau mempunyai perabot yang mahal di rumah, mungkin anda perlu memilih baka kucing yang kurang agresif menjadi teman anda. Anda mungkin mahu mengelakkan memilih kucing jenis Persian, Birman atau Rogdoll dan memilih baka kucing Persian atau Burma.
Apakah permainan yang agak agresif bagi anak kucing?
Seekor anak kucing memulakan tingkah laku untuk bermain pada usia yang awal. Mereka bermain secara kasar samaada di kalangan anak kucing yang lain dan juga ibu mereka. Anak-anak kucing akan melakukan tindakan menyambar, mengejar, mencakar dan juga mengigit.
Secara umumnya, perkara ini dianggap sebagai permainan dan anak kucing anda lansung tidak berniat untuk mencederakan.
Bagaimana untuk menghentikan anak kucing dari mengigit dan mencakar saya?
Kecederaan yang terjadi kepada anda samaada digigit atau dicakar selalunya berpunca daripada anda sendiri. Anak kucing selalunya akan mencederakan anda hanya apabila ia dalam keadaan ketakutan atau terkejut. Kecederaan pada pemilik kucing juga sering berlaku apabila mereka bermain dengan anak kucing yang mana mereka terlupa bahawa anak kucing ini bertambah besar, gigitan dan cakaran mereka bertambah kuat.
Sebagai pemilik, anda tidak akan lari dari menjadi teman sepermainan anak kucing yang nakal. Jika anak kucing terlalu kerap menganggu anda,anda boleh menggalakkan ia bermain dengan permainan yang bergerak atau menarik perhatiannya.
Namun jika ia masih bermain dengan cara yang kasar dengan anda, katakan kepada anak kucing anda (dengan nada sedikit keras), 'JANGAN' dan tepukkan tangan anda sebagai simbolik untuk menghentikan permainan. Kemudian, abaikan anak kucing anda sama sekali dan tidak menghiraukannya lagi.
Tingkahlaku seperti ini mengajar anak kucing anda bahawa anda tidak sukakan tindakan kasarnya itu. Namun, perkara ini perlulah secara konsisten dan janganlah memberi mesej yang mengelirukan kepada anak kucing anda. Sebagai contoh, pada hari ini anda turut sama untuk bermain secara kasar dengan anak kucing anda dan pada masa yang lainnya pula, anda memarahinya.
Langkah yang lain untuk memberi mesej kepada anak kucing anda bahawa anda tidak sukakan tingkah lakunya yang kasar ialah dengan menyembur spray air kepada anak kucing anda. Selain itu, bertepuk tangan kepada anak kucing anda menandakan anda tidak sukakan tindakkannya itu.
Membeli permainan yang menarik perhatiannya.
Permainan yang menarik membantu agar anak kucing memahami bahawa mereka perlu bermain dengan permainan itu dan bukaknya mengigit/ mencakar anda.
Bersabar
Bersabar adalah penyelesaian terakhir dan juga merupakan tindakan terbaik. Perlu diingat, sifat agresif seekor kucing akan berlalu selari dengan peningkatan usianya.
0 comments:
Post a Comment