Powered by Blogger.
RSS

Kucing dan Proses Kelahirannya

Apa yang boleh anda jangkakan apabila kucing anda ingin melahirkan anak.

Kucing adalah haiwan yang sangat mahir dalam soal kehidupannya dan jarang memerlukan bantuan semasa proses kelahiran tetapi sebaiknya anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan jika kucing anda memerlukan bantuan.

Yang paling penting ialah pemerhatian yang senyap dan tenang ketika kucing anda melahirkan.

Apakah tanda-tanda bahawa kucing akan melahirkan?

Kira-kira 2 hari sebelum melahirkan anak, kelenjar susu kucing akan menonjol dan mula mengeluarkan susu.

Peringkat 1. 12 jam sebelum melahirkan anak, suhu kucing akan meningkat kepada 99 F dan ia akan kurang makan. Ia akan menjadi resah dan mencari tempat melahirkan anak yang baik. Kucing anda juga akan menjadi sangat manja dan mengikuti anda dari bilik

Peringkat 2. Tanda-tanda yang dapat dilihat bahawa kucing akan melahirkan anak ialah apabila ia memasuki sarang/ tempat melahirkan anak yang telah dipilihnya dan tidak mahu untuk keluar dari kawasan tersebut. Mungkin anda tidak sedar bahawa kucing anda telah mengatur tempat tersebut selama beberapa hari. Ia mungkin satu tempat yang berlainan dengan sangkar yang telah anda sediakan kerana kucing selalunya memilih kawasan yang sunyi dan jauh dari haiwan dan kucing lain untuk melahirkan anak. 

Proses Kelahiran

Tidak seperti manusia, kucing mampu untuk menahan/ menangguhkan kelahiran anaknya apabila ia fikirkan perlu. Perkara ini terjadi apabila ia memikirkan bahawa ia dalam keadaan terancam atau tidak sesuai melahirkan anak. 

Apabila melahirkan, kucing akan mengeluarkan gelebung cecair amnion yang mendahului anak kucing. Ini menunjukkan anak kucing telah bersedia untuk dilahirkan dan berada di salur kelahiran. 




Apabila pengecutan berlaku, ia akan kelihatan mengah dan bergerak untuk mendapatkan keselesaan yang maksimum dan menggunakan kaki belakang untuk menolak anak pertamanya keluar. 

Berapa lamakah tempoh masa kelahiran?

Masa kontraksi (pengecutan) berlangsung selama 2 - 3 minit. Kemudian, masa menunggu pengecutan kedua (kelahiran anak kedua), ia memakan masa selama 10 minit sehingga 1 jam. 

Kelahiran Anak Kucing

Apabila dilahirkan, ia akan di dalam melekat pada plasenta dan berada di dalam kantung membran amnion. Ibu kucing akan memecahkan kantung membran amnion ini dengan menjilat bagi membolehkan anaknya bernafas. Jika ibu kucing melengah-lengahkan perkara ini, anda perlu membantunya untuk memecahkan membran amnion ini di bahagian hidung atau anak kucing akan mati kelemasan. 

Kebiasaanya, ibu kucing akan memakan plasenta dan membran amnion ini. Plasenta dan membran amnion ini amat berkhasiat padanya namun terdapat juga kejadian yang mana ibu kucing memakan membran amnion ini bersama anaknya / atau mungkin mengigit anaknya. Kebiasaanya, perkara ini berlaku kepada ibu muda. 

Ibu kucing juga akan membersihkan anak kucingnya pada setiap kelahiran dan cuba menyusukan anaknya. 

Bergantung setakat mana keakraban anda dan kucing anda, ibu kucing akan membenarkan anda untuk menyentuh dan membersihkan kawasan kelahirannya yang basah. 

Bantuan Kelahiran

Jika anda ingin membantu kelahiran si kecil, keperluan minimum adalah seperti berikut:

  • Jam - untuk melihat selang masa setiap kelahiran
  • Kain atau tuala yang disteril - untuk memecahkan kantung amnion
  • Sarung tangan - untuk mengurangkan bau kucing dan juga membantu memindahkan anak-anaknya itu. 
  • Gunting - memotong plasenta sekiranya ibunya tidak memotong tali plasenta itu.


Masalah Yang Mungkin Berlaku Semasa Kelahiran

Secara umumnya, kucing adalah haiwan berdikari dan mampu untuk melahirkan anak tanpa bantuan. Namun begitu, perkara-perkara yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:

  • Salur kelahiran yang terlalu sempit
  • Rahim muda (ibu kucing muda) dan tidak bersedia untuk melahirkan. 
  • Anak kucing yang terlalu besar (kebiasaanya berlaku apabila perkahwinan baka kucing yang berlainan yang mana ibu berbaka kecil dan bapa berbaka besar). Anak kucing mungkin melalui salur kelahiran yang terlalu lama dan lemas di dalam salur tersebut. 
  • Keletihan kerana kontraksi (kelahiran ramai anak menyebabkan ibu kucing keletihan)


Apa yang perlu dilakukan selepas kelahiran

Anda perlu yakin bahawa ibu kucing mempunyai semua pengalaman dan kemahiran sebagai ibu walaupun baru pertama kali melahirkan. Penumpuan anda hendaklah kepada ibu kucing dan bukan anak kucing kerana anak kucing akan dibelai oleh ibunya dengan sebaiknya. 

Makanan yang sesuai untuk ibu kucing ialah makanan mentah dan kuning telur untuk menambah protein. Selain itu, anda mungkin perlu membersihkan kawasan kelahiran ibu kucing yang basah itu. Namun, JANGAN MENGUBAH TEMPAT KELAHIRAN kerana itu adalah tempat yang paling sesuai kepadanya. Walaupun anda berpendapat anda mempunyai tempat yang lebih baik untuk ibu kucing bersama anaknya, namun ibu kucing pasti akan membawa anaknya ke tempat yang lain.

Biarkan ibu kucing dan anaknya di dalam kawasan yang tenang dan aman. Ibu kucing mungkin akan mengubah tempat dari masa kesemasa apabila ia merasa tidak selesa atau terancam.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment