Powered by Blogger.
RSS

Adakah Anda Mengalami Alahan Terhadap Kucing?


Secara umumnya, ramai orang menganggap bahawa alahan berlaku kepada mereka disebabkan bulu kucing. Namun begitu sebenarnya perkara ini adalah tidak benar. Kita sebaliknya hanya mengalami alahan kepada sejenis sejenis protein yang dinamakan umno D-1 yang terdapat pada bulu kucing. Protein ini yang merupakan alergen dan biasanya kekal di udara dalam masa yang lama. 

Apakah yang dimaksudkan dengan alahan?

Alahan adalah disebabkan bahan asing seperti bulu kucing, debunga kecil, habuk dan enzim dari najis hama. Reaksi alergi seseorang itu bergantung kepada jumlah alergen di persekitaran dan sensitiviti seseorang itu. 

Apakah bulu kucing?

Bulu kucing adalah kepingan atau cebisan dari kulit kucing yang membantu menjaga dan melindungi kulit kucing. Zarah-zarah sel pada bulu kucing boleh merebak ke semua tempat termasuk permaidani, langsir dan perabot. Ia juga boleh merebak ke pakaian dan kawasan yang tidak mempunyai kucing. 



Apakah gejala yang mungkin berlaku akibat daripada alahan terhadap kucing?


  • Asma
  • Demam dan disertai dengan hidung berair dan tersumbat.
  • Gatal-gatal pada mata, hidung atau tekak
  • Kegatalan pada kulit
  • Konjunktivitis

Adakah semua jenis kucing menyebabkan alahan kepada manusia?

Tidak.. Sesetengah kucing kurang menyebarkan alergen terutamanya kucing yang mempunyai bulu yang pendek. Sebagai contoh, baka Rex mempunyai bulu yang pendek manakala baka Sphinx lansung tidak mempunyai bulu.

Adakah saya mempunyai alahan terhadap kucing?

Alahan adalah perkara yang subjektif. Ia mungkin berubah mengikut umur anda atau persekitaran anda. Sebagai contoh, anda mungkin seorang yang sihat walafiat pada umur 20-an tetapi mula mengalami alahan pada umur 30-an. Atau anda mungkin seorang yang mempunyai alahan pada umur 30-an tetapi hilang alahan tersebut pada umur 40-an. 


Bagaimana saya boleh mengurangkan alahan pada kucing?

Menariknya, kucing yang dikasikan menghasilkan kurang alergen. Kucing jantan menghasilkan lebih banyak alergen daripada kucing betina. Beberapa perkara berikut juga boleh dilakukan untuk mengurangkan alahan terhadap kucing.

  • Mandikan kucing anda dengan kerap.
  • Menggunakan syampo kucing yang membantu mengurangkan alergen.
  • Memastikan kucing anda tidak mempunyai kutu kerana ini juga menyebabkan kucing anda menggaru dan membuang bulu ke udara. 
  • Menggunakan sistem penapis udara di rumah
  • Menggunakan pembersih vakum HEPA yang mengurangkan alergen pada permaidani anda. Bulu kucing yang mendap ke permaidani dan hiasan lembut bertindak sebagai tempat takungan alergen. 







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment