Konjuktivis juga dikenali sebagai sakit mata pada manusia. Ia merupakan membran mukus seperti lapisan pada mulut dan hidung kucing. Kebanyakkan kucing akan mengalami masalah yang kronik berkenaan penyakit ini. Namun, seperti manusia, ia datang dan pergi.
Gejala yang boleh dilihat sama seperti sakit mata pada manusia: merah, bengkak, berair, berkerak, mengeluarkan tahi mata dengan banyak dan kadang-kadang menyebabkan nanah pada mata. Ia mungkin berlaku pada sebelah mata sahaja atau kedua-dua belah mata.
Punca konjuktivis pada kucing
Kebanyakkan ia merebak melalui jangkitan melalui kucing yang lain. Ia boleh merebak melalui cara-cara berikut:
- Feline Herpesvirus (FHV - 1) - Virus yang merebak melalui pernafasan. FHV - 1 juga dikenali sebagai virus selsema. Rujuk artikel mengenai Selsema Kucing Di Sini. Kebiasaannya virus ini tidak memberi kesan kepada kucing dewasa tetapi kucing berumur 12 minggu ke bawah terdedah kepada virus ini.
- Feline Chlamydophila - Boleh menjangkiti semua peringkat umur kucing. Chlamydophila adalah penyebab biasa konjuktivis berjangkit di antara kucing. Antibiotik dalam bentuk salap mata voleh digunakan mengubati penyakit ini.
- Feline Calicivirus (FCV). Calicivirus menyebabkan simptom kesejukan pada kucing anda dan gejala seperti hidung berair. Jangkitan ini boleh menjejaskan membran mata tetapi tidak menyebabkan ulser mata.
Jangkitan virus utama seperti yang saya terangkan di atas boleh menyebabkan masalah serangan bakteria sekunder. Penyakit mata yang kronik boleh menyebabkan mata bernanah kerana serangan bakteria sekunder.
Punca-punca lain yang menyebabkan konjuktivitis pada kucing adalah seperti berikut:
- Alahan
- Kecederaan pada mata
- Kecacatan pada salur air mata iaitu salur air mata yang kecil.
- Kucing Parsi: Kucing parsi terdedah kepada sakit mata yang kronik berbanding baka kucing yang lain.
Rawatan penyakit mata di rumah.
Mandian mata di dalam larutan garam: Campurkan 1/4 dari sudu teh garam ke dalam 1 cawan air. Kemudian, 'mandikan' mata yang berjangkit di dalam air garam tersebut.
Jangkitan Konjuktivis yang menyebabkan nanah pada mata.
Jika mata kucing anda mengeluarkan nanah, besar kemungkinan ia disebabkan serangan bakteria sekunder. Anda perlu berunding dengan doktor haiwan dan antibiotik perlu untuk mengubati penyakit mata kucing anda.
p/s: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan sama sekali tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat veterinar
1 comments:
Borgata Hotel Casino & Spa - JTM Hub
The Borgata Hotel 파주 출장안마 Casino & Spa is Atlantic City's newest luxury resort, with 4,590 rooms, 구리 출장마사지 suites and 20 distinctive dining 진주 출장샵 experiences. It 정읍 출장샵 complements 상주 출장샵 the
Post a Comment