"Mengapa kucing saya yang telah dilatih untuk kencing di liiter box atau tandas mula kencing di sekitar rumah?"
Di antara 2 sebab utama kucing anda mula kencing tempat yang luar dari kebiasaannya adalah seperti berikut:
- Litter Box Penuh/ Kotor
- Penyakit Feline Cystitis
Di dalam artikel ini, saya akan menjurus kepada penyakit Feline Cystitis kerana jika Litter Box anda penuh / kotor dengan tahinya, kucing akan mula mencari tempat yang lebih bersih. Kucing secara semulajadi adalah haiwan pembersih samaada akan mengkambus tahinya atau mencuci bulunya pada setiap hari.
Apa itu Feline Cystitis?
Cystitis secara umumnya bermaksud iritasi pada pundi kencing. Kucing yang menghidapi penyakit Idiopathic Cystitis adalah perkara yang biasa. Ia adalah satu gangguan pada kucing yang dinamakan 'Gangguan Bawah Urinary'.
Apakah gejala Cystitis pada kucing?
- Kucing sering membuang air kecil
- Darah keluar bersama air kencing
- Kucing menjilat bahagian kemaluan dengan kerap
- Kucing anda berhenti menggunakan litter box dan kencing di merata tempat lain.
- Kencing tetapi hanya mengeluarkan beberapa titik air kencing
- Kucing anda kelihatan terseksa / dalam kesakitan untuk kencing.
Apakah rawatan bagi Cystitis?
Sehingga kini, tiada jalan lain bagi anda lakukan kecuali menghantar kucing anda ke doktor haiwan. Doktor haiwan anda akan memberi ubat anti-inflamasi atau steroid untuk menahan kesakitan kucing anda apabila membuang air kecil.
Apa kaitan Cystitis dengan kencing di luar litter box?
Apabila kucing mengalami Cystitis, adalah dipercayai kesakitan ketika membuang air kecil menyebabkan kucing anda tidak selesa untuk menggunakan litter box. Kebiasaannya, kucing akan mencari tempat-tempat yang sejuk seperti tab mandi dan jubin untuk menghilangkan rasa panas air kencing itu.
Beri kucing anda peluang
Salah satu alasan pemelihara kucing menyerahkan kucing mereka ke tempat perlindungan adalah kerana sifat / penyakit kencing ini. Sebelum anda berputus asa, sebaiknya beri rawatan kepada kucing anda untuk diubati.
0 comments:
Post a Comment