Powered by Blogger.
RSS

Simptom, Rawatan dan Pencegahan Penyakit Selsema Kucing

Apa itu Selsema Kucing?

Selsema kucing adalah nama am yang diberikan kepada jangkitan virus di salur pernafasan kucing. Selsema kucing adalah penyakit biasa dan selalunya tidak membawa kesan kepada kucing kecuali jika sistem imum kucing rendah. Perkara ini kerap berlaku kepada anak kucing di bawah 6 minggu dan boleh membawa kepada kematian.

Virus yang menyebabkan selsema ini ialah Herpes Feline -1 (FHV -1) atau Feline Calicivirus (FVC).



Virus Herpes Feline adalah lebih berbahaya yang boleh menyerang mata, sinus dan tekak kucing. Secara umumnya, selsema kucing adalah penyakit yang mudah merebak dan berjangkit kepada kucing yang lain.

Gejala serangan Virus Herpes Feline

Mata:
Virus ini akan menyerang membran mata yang menyebabkan mata kucing anda bengkak dan merah. Pada tahap yang lebih kritikal, mata kucing anda akan bernanah. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan ulser kornea.

Hidung:
Bersin adalah salah satu gejala yang biasa. Apabila lapisan hidung kucing mula mengeluarkan cecair yang berwarna hijau, ia menandakan bahawa kucing anda telah dijangkiti penyakit rhinititis yang boleh menyebabkan kehilangan deria bau.

Demam, Kemurungan & Kehilangan Selera :
Satu lagi tanda bahawa kucing anda dijangkiti virus ini ialah mereka akan kehilangan selera makan dan kurang minum. Walaupun kucing anda mengalami dehidrasi, mereka akan tetap menolak untuk minum.

Kehamilan:
Kehamilan bukan satu tanda bahawa kucing anda diserang penyakit ini tetapi kucing kebiasaannya akan mengugurkan kandungan atau membunuh / mengigit anaknya sebaik sahaja ianya dilahirkan. Ini kerana hampir 100% anak mereka akan dijangkitan penyakit ini juga.

Rawatan Selsema Kucing.

Selsema kucing jarang membawa maut namun kucing anda masih memerlukan rawatan intensif dan sokongan. Anak kucing juga lebih berisiko daripada kucing dewasa.

Jika kucing anda diserang Virus Herpes Feline, tiada ubat yang boleh merawatnya kecuali sistem imun badannya sendiri. Namun begitu, doktor haiwan masih boleh merawat gejala penyakit yang terjadi seperti ubat titis mata atau salap untuk gejala konjunktivitis.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan untuk memandikan kucing anda dengan air masin dan suam.

Jika berlaku masalah ulser mulut, kucing akan berhenti untuk makan. Anda dinasihati untuk membawa kucing anda ke doktor haiwan dengan segera dan kucing anda perlu dipaksa untuk makan.

Jika kucing anda kehilangan deria bau, ia akan menyebabkan ia kehilangan miunat terhadap makanan. Makanan lain yang boleh diberi ialah sardin kerana sardin mempunyai bau yang kuat.

Bagaimana untuk menghalang selsema kucing merebak?

Virus Virus Feline Herpes dan Feline Calicivirus merebak melalui udara dan bekas makanan atau sangkar kucing itu sendiri. Anda juga boleh menjadi agen penyebar apabila menyentuh kucing yang menghidapi virus dan kucing yang lain..

Virus Feline Herpes boleh hidup di luar badan kucing sehingga 24 jam tetapi Virus Feline Calicivirus boleh hidup selama 7 - 10 hari di luar badan kucing. 

** Buat makluman anda, virus ini tidak boleh dijangkiti manusia.

Adakah kucing anda boleh menjadi pembawa virus?

Walaupun kucing anda telah sembuh dari selsema kucing, mereka sebenarnya telah menjadi pembawa virus. Virus Feline Herpes boleh dihidup selama jangka hayat kucing. 

Bagi Virus Feline Calicivirus pula, kucing anda akan menjadi agen pembawa selama sekurang-kurangnya 1 bulan selepas jangkitan. Jangkamasa selamat untuk menghapuskan virus tersebut sebagai pembawa agen ialah selama 18 bulan.

Bolehkan penyakit selsema kucing ini dicegah?

Walaupun masih belum wujud ubat untuk menyembuhkan penyakit ini, namun ianya boleh dicegah. Anda boleh merujuk kepada doktor haiwan anda untuk vaksin Virus Feline Herper dan Virus Feline Calicivirus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment