Powered by Blogger.
RSS

Penyakit Gigi/ Gusi Dan Nafas Berbau Pada Kucing

Nafas berbau pada kucing menandakan bahawa kucing anda mengalami penyakit

Sebab berlakunya nafas berbau pada kucing


  • Gigi reput atau gigi patah
  • Radang gusi
  • penyakit periodontal
  • penyakit gigi
  • tulang atau makanan yang terperangkap di gigi
  • Penyakit buah pinggang
  • leukimia
  • tumor mulut

Pertama sekali, anda perlu melihat sebarang tanda-tanda lain yang berkaitan dengan nafas kucing yang berbau.

Adakah kucing anda kelihatan sukar untuk makan?

Adakah kucing anda enggan atau kurang makan?

Adakah makanan yang dikunyah terjatuh dari mulutnya?

Adakah kucing anda melelehkan air liur?

Adakah kucing anda hilang berat badan?

Kesemua isu di atas menandakan bahawa kucing anda mengalami penyakit gigi atau gusi. Langkah pertama adalah untuk memeriksa bahawa penyakit gusi tersebut disebabkan makanan atau tulang yang terletak pada kucing anda. Semak samaada gusi kucing anda tiada tanda-tanda pecah/ luka atau bengkak. 



Gambar di atas menunjukkan contoh masalah gusi yang berlaku pada kucing anda.

Penyakit gigi merupakan salah satu penyakit yang biasa bagi kucing. Perkara ini boleh dielakkan dengan membawa kucing anda berjumpa doktor haiwan setahun sekali. Terdapat juga ubat dan berus gigi yang direka khas untuk kucing dan anjing. 

Anda sama sekali tidak digalakkan untuk menggunakan berus gigi manusia atau ubat gigi manusia kerana ia boleh mencederakan gusi kucing anda. 

Penyakit Resorptive

Luka pada gigi atau resorptive adalah satu lagi penyebab nafas kucing anda berbau. Resorptive merupakan luka yang merujuk kepada luka pada gusi tetapi menyebabkan kesan kepada akar gigi. Ia merupakan luka yang amat menyakitkan. Kebiasaannya kucing yang mengalami penyakit ini tidak akan makan sama sekali atau makan dalam kuantiti yang minimum.

Kucing dan Gingivitis

Penyakit gingivitis masih boleh dirawat pada peringkat awal . Tanda-tanda yang boleh dilihat ialah gusi merah, bengkak dan mudah berdarah. Jika tidak dirawat, gingivitis boleh membawa kepada penyakit periodontis yang mana akhirnya boleh membawa kepada kehilangan tulang (rahang).



Stomatitis

Stomatitis juga dikenali sebagai sindrom plasmacytic lymphocytic (LPGS) yang merupakan keradangan seluruh mulut. Gejala boleh termasuk nafas berbau , berat badan , tidak boleh makan dan air liur kucing yang sentiasa meleleh.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

Wah macam ni rupanya gigi kucing

Post a Comment