Powered by Blogger.
RSS

Penyakit Kencing Bagi Kucing

"Mengapa kucing saya yang telah dilatih untuk kencing di liiter box  atau tandas mula kencing di sekitar rumah?"

Di antara 2 sebab utama kucing anda mula kencing tempat yang luar dari kebiasaannya adalah seperti berikut:


  • Litter Box Penuh/ Kotor
  • Penyakit Feline Cystitis


Di dalam artikel ini, saya akan menjurus kepada penyakit Feline Cystitis kerana jika Litter Box anda penuh / kotor dengan tahinya, kucing akan mula mencari tempat yang lebih bersih. Kucing secara semulajadi adalah haiwan pembersih samaada akan mengkambus tahinya atau mencuci bulunya pada setiap hari. 



Apa itu Feline Cystitis?

Cystitis secara umumnya bermaksud iritasi pada pundi kencing. Kucing yang menghidapi penyakit Idiopathic Cystitis adalah perkara yang biasa. Ia adalah satu gangguan pada kucing yang dinamakan 'Gangguan Bawah Urinary'.

Apakah gejala Cystitis pada kucing?

  • Kucing sering membuang air kecil
  • Darah keluar bersama air kencing
  • Kucing menjilat bahagian kemaluan dengan kerap
  • Kucing anda berhenti menggunakan litter box dan kencing di merata tempat lain.
  • Kencing tetapi hanya mengeluarkan beberapa titik air kencing
  • Kucing anda kelihatan terseksa / dalam kesakitan untuk kencing.


Apakah rawatan bagi Cystitis?

Sehingga kini, tiada jalan lain bagi anda lakukan kecuali menghantar kucing anda ke doktor haiwan. Doktor haiwan anda akan memberi ubat anti-inflamasi atau steroid untuk menahan kesakitan kucing anda apabila membuang air kecil.



Apa kaitan Cystitis dengan kencing di luar litter box?

Apabila kucing mengalami Cystitis, adalah dipercayai kesakitan ketika membuang air kecil menyebabkan kucing anda tidak selesa untuk menggunakan litter box. Kebiasaannya, kucing akan mencari tempat-tempat yang sejuk seperti tab mandi dan jubin untuk menghilangkan rasa panas air kencing itu. 

Beri kucing anda peluang

Salah satu alasan pemelihara kucing menyerahkan kucing mereka ke tempat perlindungan adalah kerana sifat / penyakit kencing ini. Sebelum anda berputus asa, sebaiknya beri rawatan kepada kucing anda untuk diubati.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konjuktivis (Sakit Mata) Pada Kucing | Mata Merah | Penyakit Mata


Konjuktivis juga dikenali sebagai sakit mata pada manusia. Ia merupakan membran mukus seperti lapisan pada mulut dan hidung kucing. Kebanyakkan kucing akan mengalami masalah yang kronik berkenaan penyakit ini. Namun, seperti manusia, ia datang dan pergi.



Gejala yang boleh dilihat sama seperti sakit mata pada manusia: merah, bengkak, berair, berkerak, mengeluarkan tahi mata dengan banyak dan kadang-kadang menyebabkan nanah pada mata. Ia mungkin berlaku pada sebelah mata sahaja atau kedua-dua belah mata.

Punca konjuktivis pada kucing

Kebanyakkan ia merebak melalui jangkitan melalui kucing yang lain. Ia boleh merebak melalui cara-cara berikut:


  • Feline Herpesvirus (FHV - 1) - Virus yang merebak melalui pernafasan. FHV - 1 juga dikenali sebagai virus selsema. Rujuk artikel mengenai Selsema Kucing Di Sini. Kebiasaannya virus ini tidak memberi kesan kepada kucing dewasa tetapi kucing berumur 12 minggu ke bawah terdedah kepada virus ini.
  • Feline Chlamydophila - Boleh menjangkiti semua peringkat umur kucing. Chlamydophila adalah penyebab biasa konjuktivis berjangkit di antara kucing. Antibiotik dalam bentuk salap mata voleh digunakan mengubati penyakit ini. 
  • Feline Calicivirus (FCV). Calicivirus menyebabkan simptom kesejukan pada kucing anda dan gejala seperti hidung berair. Jangkitan ini boleh menjejaskan membran mata tetapi tidak menyebabkan ulser mata.


Jangkitan virus utama seperti yang saya terangkan di atas boleh menyebabkan masalah serangan bakteria sekunder. Penyakit mata yang kronik boleh menyebabkan mata bernanah kerana serangan bakteria sekunder.

Punca-punca lain yang menyebabkan konjuktivitis pada kucing adalah seperti berikut:


  • Alahan
  • Kecederaan pada mata
  • Kecacatan pada salur air mata iaitu salur air mata yang kecil.
  • Kucing Parsi: Kucing parsi terdedah kepada sakit mata yang kronik berbanding baka kucing yang lain.


Rawatan penyakit mata di rumah.

Mandian mata di dalam larutan garam: Campurkan 1/4 dari sudu teh garam ke dalam 1 cawan air. Kemudian, 'mandikan' mata yang berjangkit di dalam air garam tersebut.



Jangkitan Konjuktivis yang menyebabkan nanah pada mata.

Jika mata kucing anda mengeluarkan nanah, besar kemungkinan ia disebabkan serangan bakteria sekunder. Anda perlu berunding dengan doktor haiwan dan antibiotik perlu untuk mengubati penyakit mata kucing anda.

p/s: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan sama sekali tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat veterinar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bolehkah Penyakit Cacing Pada Kucing / Anjing Menjangkiti Manusia?

Istilah yang digunakan bagi penyakit yang dipindahkan dari haiwan ke manusia dipanggil 'zoonosis'. Bayi dan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit dari haiwan kerana sistem imun mereka adalah rendah berbanding manusia dewasa. 

Bolehkah bayi / kanak-kanak dijangkiti penyakit cacing dari kucing atau anjing?

Ya. Kanak-kanak boleh dijangkiti penyakit ini. Adalah penting agar anda mengajar anak-anak anda untuk membasuh tangan sebelum makan. Tidak kurang pentingnya untuk merawat cacing (deworm) pada kucing / anjing anda secara berkala. 

Jangkitan seperti ini jarang terjadi namun anda perlu beringat mengenai kemungkinan ini. 

Bagaimana cacing ini menjangkiti kanak-kanak?

Roundworm adalah parasit yang paling biasa ditemui pada kucing/ anjing. Roundworm boleh menjangkiti manusia jika anda terminum minuman yang mempunyai telur parasit ini. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak bermain dengan tanah / pasir / litter box yang telah tercemar dengan tahi haiwan ini yang kebiasaannya mengandungi terlur roundworm. 


Visceral larva migrans adalah penyakit yang disebabkan oleh roundworm ini. Ia boleh memberi kesan yang serious terhadap mata dan organ tubuh manusia yang lain. 

Selepas telur roundworm memasuki badan manusia, ia akan mencari jalan untuk ke organ-organ utama seperti hati, paru-paru, jantung, otak dan mata. 

Kebanyakkan pesakit adalah kanak-kanak berumur 2 - 4 tahun. 

** p/s: Jangkitan ini hanya boleh berlaku melalui telur roundworm seperti yang saya terangkan di atas. Ia tidak boleh dijangkiti melalui perhubungan secara terus dengan kucing / anjing.

Bolehkah kanak-kanak / orang dewasa dijangkiti hookworm dari kucing / anjing?

Hookworm adalah parasit usus yang terdapat pada kucing / anjing tetapi kebiasaannya pada anjing. Namun begitu, hookworm hanya terdapat pada kucing/ anjing di kawasan tropika.

Bolehkah ringworm (kurap) merebak dari kucing / anjing?

Ringworm adalah penyebab kepada kurap pada anjing / kucing. Parasit ini juga dikenali sebagai dermatophytes. Dermatophytes hidup pada kulit yang kemudiannya menyebabkan kurap. 



Berbeza dengan hookworm, kurap amat mudah menjangkiti manusia atau sebaliknya (manusia juga boleh menrebakkan kurap kepada anjing / kucing).

Cacing Pita dan manusia.

Cacing pita tidak boleh menjadikan manusia sebagai habitatnya. Jesteru, kucing / anjing tidak boleh merebakkan penyakit ini kepada anda. 

Kepentingan deworm pada kucing anda.

Deworm boleh dibuat pada kucing / anjing seawal 12 minggu umur. Selepas itu, ia perlu dilakukan secara berkara iaitu 3 bulan sekali. Anda tidak perlu berjumpa doktor haiwan untuk deworm kerana ianya boleh dilakukan sendiri.

Jangkitan penyakit dari cakaran kucing

Apabila anda terkena cakaran kucing yang mengakibatkan luka, ia akan menyebarkan bakteria baronella henselae. Bakteria ini menghadkan luka cakaran tersebut pulih seperti biasa. Walaupun sistem imun anda adalah baik, tetapi penyembuhan akan menjadi perlahan dari biasa. Perkara ini juga mendorong luka kecil tersebut menjadi semakin besar dan bernanah. 

Rabies (Anjing Gila)

Rabies adalah bakteria yang juga dikenali sebagai penyakit anjing gila. Satu ketika dahulu, penyakit ini sering membawa maut. Namun kini, vaksin telah ditemui dari bakteria ini merebak dan bertambah serious. 



Penyakit ini bukan hanya dijangkiti melalui anjing tetapi juga melalui kelawar, monyet, musang, rakun dan serigala. Jangkitan dari haiwan kepada manusia adalah melalui gigitan. Bakteria ini berada pada air liur haiwan tersebut. 

Toksoplasmosis (Selsema Kucing)

Penyakit ini boleh merebak dari kucing kepada manusia. Namun ianya tidak berbahaya kepada manusia dewasa mahupun kanak-kanak namun membawa akibat yang buruk kepada bayi yang belum lahir melalui wanita hamil. 

Bakteria ini boleh merebak ke wanita hamil apabila mereka termakan najis kucing yang tercemar. 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Itu Catnip dan Kesannya Kepada Kucing

Apakah Catnip?

Catnip adalah nama jolokan kepada pokok pudina iaitu Nepeta Cataria. Catnip juga dirujuk @ dikenali sebagai Catmint. Pokok catnip mempunyai daun bergerigi berbentuk hati dan bunga putih kecil dan berbintik ungu. Pokok ini mampu hidup selama 2 tahun.

Bahan aktif pada pokok Catnip yang meransang kucing ialah Nepetalactone yang terdapat pada daun pokok Catnip.

Apakah kesan Catnip pada kucing?

Kebanyakkan pencinta kucing menyifatkan kesan kepada kucing adalah seperti ganja. Nepetalactone mempunyai kesan halusinasi terhadap kucing yang menyebabkan kucing menyapu, menjilat, menghidu dan makan pokok Catnip. Kucing juga dilihat gemar berada di sekitar pokok Catnip.



Di antara kesan yang boleh dilihat pada kucing adalah seperti berikut:

  • Kelakuan seperti mabuk
  • Berguling-guling
  • Kelihatan ghairah
  • Air liur meleleh dan tersenyum (menunjukkan gusi)
  • Hyperaktif
  • Mula menunjukkan tanda-tanda manja
  • Mengiau beberapa kali


Adakah Catnip memberi kesan kepada semua jenis kucing?

Boleh dikatakan Catnip memberi kesan kepada hampir semua jenis kucing. Malah, ia juga memberi kesan kepada keluarga kucing yang lain seperti harimau, singa, kucing hutan dan lain-lain. Namun begitu, Catnip tidak memberi kesan kepada anak kucing berusia 12 minggu ke bawah.

Adakah selamat untuk memberi kucing saya Catnip?

Ya. Catnip adalah tumbuhan non toxid dan selamat untuk dimakan. 

**p/s: Pemakanan tidak memberi kesan kepada kucing sebaliknya bau Catnip itu.

Di mana saya boleh mendapatkan Catnip?

Penggunaan Catnip pada masa kini telah dipelbagaikan. Daripada daun yang dihancurkan (fine cut Catnip leave), pelbagai jenis mainan, semburan Catnip, bantal Catnip dan lain-lain. Anda boleh mendapatkan biji benih Catnip dan lain-lain di Kedai Online CaptainPets di http://bit.ly/captainpets



Penggunaan Catnip untuk manusia.

Nepetalactone juga dikenali untuk menghalau nyamuk dan serangga yang kecil. Ia digunakan di dalam semburan penghalau nyamuk. Ia juga digunakan untuk rawatan selsema dan pendorong untuk tidur bagi manusia. 

Bagi kanak-kanak pula, Nepetalactone digunakan untuk merawat kembung perut.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Antara Kutu Kucing, Kutu Anjing dan Kutu Pada Manusia

Terdapat pelbagai jenis kutu yang berbeza, namun yang paling kerap ditemui ialah

Kutu Kucing  - Ctenocephalides Felis
Kutu Anjing  - Ctenocephalides Canis

Apakah perbezaan di antara kutu anjing dan kutu kucing?

Kutu anjing dan kutu kucing sukar untuk dibezakan tanpa bantuan mikroskop.


Namun begitu, kutu pada kucing boleh menjangkiti anjing tetapi kutu anjing tidak boleh menjangkiti kucing. 

Apakah Pula Kutu Yang Terdapat Pada Manusia?

Kutu yang sering ditemui pada manusia juga dinamakan kutu babi kerana kutu jenis ini sebenarnya berasal dari kutu pada babi.

p/s - Kutu kucing dan anjing tidak boleh hidup / menjangkiti manusia tetapi boleh mengigit kita yang menyebabkan kegatalan pada kulit.

Apakah rawatan terbaik untuk kutu kucing / anjing?

Ubat terbaik untuk membunuh kutu pada kucing atau anjing ialah seperti Ubat PetnSun, Flea Out dan Frontline. Anda boleh menperolehi ubat kutu tersebut di kedai haiwan atau di http://bit.ly/captainpets.

Apakah rawatan penyembuhan jika digigit kutu?

  • Jangan menggaru gigitan kutu. 
  • Cuba tidak menggaru gigitan . Sangat sukar untuk tidak saya tahu.
  • Menggunakan lotion calamine.
  • Memohon pek ais .
  • Berbincang dengan ahli farmasi anda tentang mengambil antihistamin .
  • Basuh gigitan dengan sabun antiseptik untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Bagaimana anda boleh mengetahui kucing anda mempunyai kutu?

Secara mudahnya, anda boleh mengesyaki kucing anda mempunyai kutu apabila ia kerap menggaru. Perkara seterusnya ialah dengan melihat kotoran pada hujung ekor kucing anda. 



Kotoran tersebut ialah kotoran atau tahi kutu pada kucing anda. Ianya berbentuk seperti serbuk dan berwarna kehitaman.

Selain itu, jika anda melihat kucing anda hilang selera makan atau menjadi kurus secara mendadak, ini juga merupakan petanda bahawa kucing anda mempunyai kutu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS