Powered by Blogger.
RSS

Kesan Luka Dan Nanah Kucing Akibat Dari Pergaduhan

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Abses' pada kucing?

Abses sebenarnya adalah pengumpulan nanah yang biasanya terbentuk akibat luka tusukan yang disengajakan semasa pergaduhan kucing samaada pergaduhan sebenar atau sekadar permainan. Nanah ini menjadi semakin teruk apabila bercampur dengan benda asing seperti tanah, rumput, serpihan dan lain-lain. 

Bagaimana abses pada kucing berlaku? 

Kucing mempunyai keupayaan untuk sembuh dengan cepat. Namun apabila berkelahi, gigi atau cakar dari kucing lain menyuntik bakteria ke dalam tisu asas. Luka tersebut menjadi nanah dan kemudiannya membengkak dan menyakitkan. Perkara ini juga bergantung kepada jenis bakteria, tahap kedalaman gigitan, bilangan dan jenis bakteria yang terdapat dalam luka dan yang paling penting keupayaan sistem imun mangsa untuk melawan jangkitan. 



Selain daripada kesakitan, kucing anda tidak menunjukkan kesan yang teruk dari luka gigitan tersebut sehingga beberapa hari. Tetapi apabila jangkitan menjadi lebih teruk, kucing anda akan mengalami demam, hilang selera makan dan kelesuan yang ketara. 

Apakah tanda-tanda kucing mengalami masalah abses?

Berikut adalah tanda-tanda kucing anda mengalami masalah abses.

  • Hilang selera makan secara tiba-tiba.
  • Kurang aktif. 
  • Enggan bergerak atau bermain. 
  • Enggan untuk disentuh atau berada dalam kesakitan apabila disentuh.
  • Badan panas (demam).

p/s: Kucing adalah haiwan yang pendiam. Mereka kebiasaannya mendiamkan diri dan menyembunyikan kesakitan.


Apakah rawatan untuk kucing yang mengalami abses?



Nanah boleh pecah secara spontan. Apabila ini berlaku, basuh kawasan yang bernanah dengan air garam yang suam.






Jika nanah tidak pecah, adalah lebih baik anda ke doktor haiwan untuk mengelakkan keadaan yang lebih teruk. Jika terlalu serious, doktor haiwan kemungkinan besar terpaksa membuat pembedahan kecil bagi mengeluarkan tisu yang mati.

Sebaiknya, jika anda mendapat tahu bahawa kucing anda digigit atau dicakar oleh kucing yang lain, anda seharusnya membawa kucing anda ke doktor haiwan kerana kebiasaannya abses akan terjadi yang menyebabkan anda akan menanggung kos yang lebih mahal dikemudian hari.

Bila anda perlu membawa kucing anda berjumpa doktor haiwan?

  • Jika anda mendapat tahu bahawa kucing anda digigit/ dicakar oleh kucing yang lain.
  • Jika kawasan bernanah adalah besar
  • Jika nanah tidak pecah dalam tempoh 48 jam.
  • Jika nanah yang pecah membentuk semula di tempat yang sama.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS